Adakah Anda ahli PAS ? 

BETUL KE ?

Pernah ke anda ikut tarbiyah keseluruhan ?

Tahu ke apa masalah tarbiyah kita sekarang ? 

1. Anda rasa susah nak ditarbiyah. 

2. Anda tak pernah ikut tarbiyah secara lengkap 
mengikut silibus yang betul2 pimpinan telah tetapkan. 

3. Anda tak pernah track pun tarbiyah dalam PAS. 

4. Anda tak pernah dapat apa-apa sijil yang menentukan anda sebenarnya layak di peringkat mana. 

5. Anda tak pernah jawab kuiz atau exam yang anda boleh tahu kefahaman anda di setiap peringkat tarbiyah dalam PAS. 

Anda tahu ke apa masalah bila ahli PAS ni ramai nya yang tak di tarbiyah ? 

1. Bila waktu gendang di palu, ahli PAS tak cukup orang. Sebab ahli PAS rasa orang lain dah tolong buat.

2. Berjuang dalam PAS tanpa ilmu. Lagi teruk, boleh jadi fitnah pada PAS bila tidak melalui tarbiyah. 

Orang luar, hanya melihat ahli PAS seperti PAS keseluruhan. Dan anda adalah duta nya. 

Sebab itu, hadir lah UsrahPAS.com


Sesuai untuk anda yang sangat sibuk dengan kerja dan keluarga.

Anda boleh ditarbiyah dengan lengkap, mengikut silibus yang telah diluluskan oleh pimpinan PAS, dan anda akan lebih faham dengan lebih mendalam perjuangan PAS ini bagaimana. 

Jemput luangkan masa untuk tonton video di bawah yang akan menerangkan tentang : 

1. Tujuan UsrahPAS.com ditubuhkan

2. Features dalam Aplikasi UsrahPAS.com

3. Kelebihan aplikasi UsrahPAS.com

Bagaimana boleh wujud UsrahPAS.com

Sejak PRU 15 hari tu, PAS mendapat segerombolan pengundi yang sangat besar berbanding dari parti lain.

Mereka ni datang dari pelbagai ceruk, ada yang bekas pengundi UMNO, PH etc, ada datang dari pengundi baru yang baru nak kenal politik, ada yang datang dari follower influencer.

Alhamdulillah dakwah telah sampai kepada mereka melalui online.

Bagaimana pula tarbiah anda jika hanya kenal PAS melalui tiktok ?

Dalam PAS ni kalau berjuang tanpa ilmu, dan hanya sekadar benci parti politik lain, ianya tidak akan kekal kerana itu bukan perjuangan sebenar dalam PAS.

Perjuangan PAS adalah perjuangan akidah. Jika anda berjuang hanya dengan akidah dan kefahaman yang kuat sahaja, anda boleh berjuang dengan baik dalam PAS. 

Di sini lah wujudnya UsrahPAS.com.

UsrahPAS.com : Mengonlinekan Tarbiyah PAS 

Apakah silibus yang anda lalui di UsrahPAS.com ?

Basically silibus di bawah ini adalah garisan dari Akademi Tarbiyah Pemuda PAS Pusat yang telah diluluskan.

Taarif

Ini adalah peringkat untuk ahli PAS baru.

Di peringkat ini, ahli-ahli baru akan diberikan akses kepada modul-modul pengenalan asas untuk membantu anda memahami perjuangan PAS, nilai-nilai, dan sejarahnya.

Modul-modul ini dirancang untuk memberikan pengetahuan dan pemahaman asas yang diperlukan untuk memulakan perjalanan anda dalam PAS.

Takwin 

Peringkat ini ditujukan untuk ahli PAS yang baru memulakan perjalanan kepimpinan mereka dalam PAS.

Pada peringkat Takwin, ahli-ahli akan diberikan akses kepada modul tarbiyah yang lebih mendalam dan khusus.

Modul-modul ini dirancang untuk membantu anda memahami dan memikul tanggungjawab yang datang bersama dengan kedudukan mereka dalam PAS, serta membantu mereka membangunkan kemahiran dan pemahaman yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang efektif.

Tanfiz 

Ini adalah peringkat untuk pemimpin PAS yang baru naik ke jawatan tertinggi.

Di peringkat Tanfiz, modul tarbiyah yang lebih tinggi disediakan untuk membantu mereka menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang datang bersama dengan kedudukan tertinggi mereka dalam PAS.

Modul-modul ini dirancang untuk membantu mereka memimpin PAS dan perjuangan dengan berkesan dan berwibawa.

Bagaimana UsrahPAS.com Berfungsi ?                     

1. Anda boleh hadir usrah online, melalui zoom setiap Khamis, 9 malam.

2. Anda akan dapat access Video Usrah Mengikut Silibus dalam aplikasi UsrahPAS.com

3. Dalam app, anda juga boleh jawab kuiz setiap usrah untuk menilaikan kefahaman anda setiap kali usrah. 1 usrah purata dalam 1 jam.

4. Anda juga akan bersama - sama dengan anak usrah yang lain dalam group telegram. Mindset yang sama dan sama-sama untuk belajar meningkatkan kefahaman.

Apa Lagi Alasan Untuk Tidak Ditarbiyah Lengkap ? 

Kita dah kena biasa dengan teknologi. Islam kena bergerak ikut camne timing pada waktu tu. Dan kita bergerak mengikut peredaran zaman.

Parti kita, jemaah kita, ditegakkan oleh para ulama' yang telah gariskan dengan tersusun ilmu2 step by step paling bagus untuk ahli PAS.

Jika tidak melalui tarbiyah yang digariskan oleh pimpinan kita, akan berlaku banyak rongak dalam perjuangan kita. Kefahaman kita untuk berjuang makin lama makin menipis.

Jadi berapakah kosnya?

Kalau nak ikutkan, sistem ni sangat mahal, kalau kira mungkin atas RM10k untuk nak buat

Apple App Store

Playstore Android

Ada sistem certificate

Ada sistem kuiz

Ada sistem exam

custom

Kos untuk satu anak usrah adalah RM99 sebulan bersamaan RM1.1k setahun.

Tapi kami faham situasi yang ada, oleh itu, kami buka. Jika anda tak mampu boleh menyumbang serendah

RM30 ~ RM1,000
( Menyumbang Seumur Hidup ) 



Dan dengan hanya menyumbang sekali sahaja, anda boleh dapat access ke sistem app UsrahPAS.com seumur hidup anda.

Kami hanya ingin pastikan anda boleh mula belajar. Sebab tu kami boleh letak SERENDAH RM30 sahaja. Tapi jika anda mampu, dan boleh menyumbang lebih, boleh menyumbang sehingga RM1,000.

Jadi boleh topup untuk anak2 usrah lain yang tidak mampu. In sha allah, anggap lah sumbangan lebihan ini bakal menjadi SAHAM AKHIRAT anda kelak.

Ada case study, ahli PAS baru, yang join UsrahPAS.com, banyak beliau telah belajar dan telah mengamalkannya. Daripada tak pernah turun untuk bantu PRU, sampai lah turun PRU.

Cuba bayangkan, berapa besar pahala yang anda dapat selagi mana usrahpas.com ni masih beroperasi, selagi itu lah pahala anda terus mengalir. 

Alang2 anda dah scroll sampai bawah, apa kata tonton video ini.

Sangat penting untuk anda faham dan nampak betapa besarnya nilai yang dikeluarkan oleh team UsrahPAS.com

TETAPI

Anda boleh menyumbang mengikut kemampuan anda sahaja.
This is a basic text element.